Pages

Tuesday, 18 August 2015

BAB 1 : ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN SEMASA

1.1 : Integrasi Nasional 

                                    http://media1.picsearch.com/is?HZIhK0qCbe4lOmfOmqBKeYBjLZe6CllDX7sYu85Duos&height=174

PENDAHULUAN :

Pendidikan pada hari ini mengalami perubahan yang sangat drastik dalam membangunkan modal insan mengikut acuan seperti yang telah digariskan dalam Falsafah Pendidikan Negara. Namun dalam kita mengejar kemenjadian murid ,beberapa perkara perlu kita titik beratkan dalam menghadapi isu dan cabaran pendidikan semasa.   Melalui Pendidikan kita inginkan kesepakatan antara kaum dapat dijalinkan dengan kukuh melalui sistem pendidikan kita pada hari ini.  Melalui pendidikan kita dapat mewujudkan Integrasi Nasional melalui pelbagai aktiviti yang di rancang oleh pihak Kementerian Pendidikan.  

Samsul Amri ( 2007 ) memberikan maksud integrasi sebagai satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kumpulan yang terpisah daripada segi budaya ,sosial  dan lokasi dalam sesebuah unit politik.
 
Noriati A.Rashid (2010) menyatakan integrasi nasional merupakan satu proses penyatuan antara kumpulan manusia yang berbeza dari segi latar belakang ,status sosial  dan budaya untuk membentuk entiti yang mempunyai pegangan norma serta mengamalkan kehidupan bersama.    
 
Integrasi Nasional merujuk kepada satu proses dinamik untuk merapatkan masyarakat negeri-negeri dalam Malaysia khususnya di antara negeri- negeri di Semenanjung dengan negeri – negeri sabah dan sarawak berlandaskan kepada Perlembagaan Malaysia dan Rukun Negara . 
( Jawatankuasa integrasi Nasional , Jun 2011 )
 
Perpaduan merupakan elemen terpenting dalam usaha mengekalkan keharmonian negara, maka wujudlah Rukun Negara yang merupakan salah satu usaha kerajaan untuk mengekalkan perpaduan pelbagai kaum di Malaysia setelah berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei 1969 yang mampu mengugat kemerdekaan Negara pada masa itu. Pada zaman era milinium  yang semakin mencabar ini, perpaduan turu menjadi isu yang hangat setelah pemimpin-pemimpin kaum mula bangkit dengan isu-isu sensitif dan mencabar hak-hak keistimewaan kaum Bumiputera yang tersedia termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia.Oleh itu satu pendekatan perlu diambil bagi mengelakkan perpecahan kaum dan peristiwa berdarah berulang kembali.
Perdana Menteri  Malaysia yang baru pada tahun 2009 telah menjadikan perpaduan sebagai perkara  utama kepimpinan Negara..Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak telah melancarkan 1Malayisa sebagai usaha untuk mengeratkan hubungan kaum di Malaysia.Menurut beliau,.1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum berteraskan beberapa nilai-nilai murni yang penting untuk dijadikan amalan bagi setiap rakyat  Malaysia.


 Halangan Integrasi Nasional

1. Agama dan kebudayaan
 
Masyarakat Malaysia memang kaya dengan kepelbagaian etnik dan budaya yang mempunyai keistimewaan masing - masing.  Namun begitu masyarakat kita masih belum lagi mengenali dan memahami kebudayaan kaum - kaum yang ada di Malaysia. Keadaan ini menjadi penghalang utama kepada integrasi nasional yang diwar -warkan oleh pihak kerajaan.  

2. Dasar Penjajahan British

Dasar Pecah dan Perintah yang di amalkan oleh pihak British masih lagi menular ke hari ini. Dasar inilah yang menggagalkan kepada perpaduan kaum di kalangan masyarkat Malaysia. Pihak penjajah telah mengagihkan penempatan penduduk berdasarkan kepada sistem ekonomi kaum .  Ini memberi kesan kepada kehidupan sosial masyarakat pada masa tersebut dan pada hari ini , masih lagi wujud keadaan sedemikian dimana kaum cina menguasai ekonomi bandar , orang melayu masih lagi di kampung dan kaum India masih lagi mendiami kawasan estet.
 
3. Sistem Pendidikan ,persekolahan dan bahasa yang berlainan

Sistem Pendidikan Nasional masih tidak wujud lagi di Tanah Melayu  sebelum mencapai kemerdekaan. Anak –anak mendapat pendidikan berlandaskan kepada bahasa ibunda masing –masing . Kurikulum yang digunakan juga  berdasarkan kepada negara masing –masing.  Kaum cina menggunakan sukatan dari Negara China . kaum India menggunakan sukatan dari negara India manakala Kaum Melayu  dengan kurikulum sendiri berlandaskan kepada sekolah agama dan pondok. Keadaan inilah yang menjadi penghalang utama kepada perpaduan di Malaysia dimana indentiti Malaysia tidak wujud dimana masyarakat pada masa itu masih lagi menebal lagi semangat pada negara asal. 

4. Amalan ekonomi yang berlainan
setiap etnik menjalankan ekonomi yang tertentu dan mendiami kawasan yang berlainan. Keadaan ini mewujudkan jurang pendapatan dan penempatan yang tidak seimbang. Keadaan inilah yang membawa kepada rasa tidak puas hati serta mengancam perpaduan negara.

5. Perbezaan politik mengikut bangsa ,kaum dan etnik
Kewujudan  parti politik yang berdasarkan kepada bangsa merupakan faktor utama kepada halangan kepada integrasi nasional. Keadaan ini telah menimbulkan syak wasangka kerana setiap kumpulan hanya memperjuangkan hak dan kepentingan kumpulan tertentu sahaja. Mereka juga turut memainkan isu sensitif jika sesuatu kaum itu disentuh atau digugat. Keadaan inilah memburukkan kepada perpaduan kaum di Malaysia.


CARA MENINGKATKAN  INTEGRASI NASIONAL.

1.     Kurikulum
 
Perpaduan di peringkat sekolah dapat dicapai melalui kurikulum yang seragam untuk semua sekolah.  Menurut Mok Soon Sang, kurikulum merangkumi  pengalaman kehidupan nyata dan tidak nyata yang diplih,diorganisasi dan disusun oleh sarjana pendidikan dan pakar kurikulum dengan secara teliti dan profesional, Pendidikan pada  hari ini telah menyelaraskan kurikulum dengan pelaksanaan  Kurikulu m  Standard  Sekolah Rendah  bagi menggantikan  Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah(KBSR)  dimana matlamat  utama KSSR   ialah  penyusunan semula penambahbaikan kurikulum  sekolah rendah sedia ada yang mana ia bertujuan  untuk memastikan dengan pengetahuan , kemahiran dan nilai yang relevan  dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke 21 bagi mengukuhkan semangat integrasi  nasional dikalangan murid .  Jika diperhatikan pada hari  ini  Skim Pinjaman Buku  teks telah  menyelaraskan seluruh negara termasuk sabah dan Sarawak  penggunaan buku teks yang sama bagi semua mata pelajaran dari tahun 1 hingga tahun 6.  Melalui penyelarasan  ini ,  nilai ke arah kewujudan integrasi nasional dapat diterapkan di sekolah denngan lebih mudah dan cepat.  Selain daripada itu mata pelajaran yang di ajar di sekolah  pada hari ini dengan kurikulum KSSR , secara tidak langsung menyentuh tentang perpaduan melalui mata pelajaran sejarah dan pendidikan Sivik Kewarga negaraan.  Melalui cara inilah perpaduan dapat diterapkan kepada murid.  
  
  
2. Peranan Sekolah

Sekolah juga harus berfungsi sebagai pusat mewujudkan perpaduan.  Sekolah boleh menganjurkan sukan, perkhemahan, program motivasi dan sebagainya agar pelajar dari aliran lain dapat turut menyertainya. Sikap bekerjasama dan berganding bahu untuk menyempurnakan sesuatu dapat memupuk hubungan yang baik di antara mereka.  Lama-kelamaan hubungan baik ini akan melahirkan satu semangat kekitaan dan perpaduan. Sesebuah sekolah harus berusaha untuk mengajar 4 bahasa dalam sekolah iaitu bahasaMelayu, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil.  Pendedahan  semua bahasa di sekolah sedikit sebanyak dapat membantu meningkatkan persefahaman di kalangan murid yang berbagai bangsa dan agama. Aktiviti yang dijalankan di sekolah harus menjerumus kepada perpaduan kaum. Memperkasakan Bahasa juga merupakan satu wadah yang dapat digunakan dalam meningkatkan integrasi nasional. Penggunaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa Kebangsaan dan menjadi bahasa rasmi negara dan diwajibkan di semua sekolah untuk menggunakan satu bahasa sahaja. Setiap tahun Bulan Bahasa akan dilancarkan bagi memantapkan dan memperkasakan lagi Bahasa Malaysia.

3.  Peranan Guru

Menurut Roland Meighan(1986) berpendapat kelas sosial menggambarkan perbezaan cara hidup atau pendapatan di dalam sesuatu bangsa yang sama. Manakala menurut  Kamus Dewan, kaum didefinisikan sebagai puak, suku bangsa ataupun jenis bangsa seseorang.
Namun menurut Mok Soon Sang (2002), guru bukan hanya menyampaikan ilmu pengetahuan semata-mata, tetapi juga menanam sikap, nilai dan sahsiah yang sempurna dan mematuhi peraturan masyarakat.  Oleh itu ,guru perlu bersedia dengan kepelbagaian  murid yang datangnya daripada pelbagai kelas sosial dan kaum.  Implikasi kepelbagaian kaum  di Malaysia kepada guru ialah wujudnya kelas sosial dan kaum yang berlainan di dalam kelas. . Dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, perbezaan kelas sosial dan kaum ini perlu diketepikan dan semua murid perlulah dilayan dengan sama rata tanpa mengambil kira kelas sosial dan kaum.  Guru juga perlu peka terhadap pembentukan kumpulan agar tidak berlaku kumpulan yang berasaskan kelas sosial dan sesuatu kaum sahaja. Ini kerana kumpulan yang mempunyai murid yang berlainan kelas sosial dan kaum akan mengalakan interaksi serta pergaulan yang sihat .   Latar belakang serta budaya yang berlainan akan menpengaruhi pemikiran serta pandangan mereka. Maka, hasil daripada perbincangan dalam kumpulan itu akan menghasilkan satu pandangan yang berbeza dan lebih unik dan kreatif hasil daripada pencampuran pengaruh budaya dan kefahaman murid-murid tadi.Dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru perlu mempelbagaikan teknik terutamanya bagi murid yang mempunyai kelas sosial yang tinggi.  Selain itu guru perlu peka dengan soalan yang akan dikemukakan dan perlu bertindak dengan adil tanpa meminggirkan kaum-kaum yang berlainan. 


4. program Integrasi  Untuk Perpaduan ( RIMUP)

Program ini memupuk perpaduan di kalangan murid tanpa mengira latar belakang, agama,kaum, jantina dan sebagainya.  Aktiviti  yang dijlalankan seperti lawatan, sukan permainan dan Kem motivasi . Ini Secara tidak langsung perpaduan dan kerjasama dapat dipertingkatkan melalui semua jenis sekolah kebangsaan melalui aktiviti yang dijalankan diperingkat daerah atau pun negeri. Sekolah sebagai organisasi yang disokong oleh  golongan pendidik menjadi wadah terpenting dalam menjana modal insan yang berketrampilan,terpuji disamping melahirkan insan yang intelektual. Hari ini ,bidang pendidikan menjadi tonggak utama sesebuah negara dalam proses pembangunan.Dalam hal ini,kementerian Pelajaran memperkenalkan konsep " Sekolah Penyayang" untuk melahirkan pelajar yang berketrampilan sekali gus membendung  salah laku murid.  Ia melibatkan hubungan di antara guru dan murid, guru dan ibu bapa. Guru-guru berinteraksi dengan murid penuh kasih sayang tanpa wujudnya prejudis dikalangan mereka.  Hubungan murid dengan murid juga perlu diterapkan dengan sikap hormat menghormati antara satu sama lain. Hubungan yang erat juga di antara sekolah dengan PIBG juga memainkan peranan penting dalam pembentukan Integrasi Nasional.Apabila murid-murid berbeza agama,budaya dan bahasa ibunda dapat berinteraksi sejak awal persekolahan lagi,maka sudah tentu masa akan datang akan lahir satu generasi yang berjiwa murni,hormat menghormati dan bertolenrasi di antara satu sama lain. Oleh yang demikian semangat perpaduan dan integrasi di antara kaum perlu dipupuk sejak bangku sekolah rendah kerana ia lebih mudah diserap dan mudah untuk menghadapi masyarakat pada masa akan datang.


No comments:

Post a Comment